Followers

Tuesday, 18 December 2012

ujian dari-Mu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
diri ini hanya manusia biasa. noda dan dosa makanan nurani. daun usia di pepohon hayat
semakin menguning. ku pohon secebis keredaan.
menadah tangan merindui Nur-Mu.
aku tersentak, aku terjaga dari empuk tilam khayali. kebingungan bertemu di kamar hati saat seorang hamba Allah membutirkan pertanyaan sebegini.


aku terkontang-kanting memburu pintu jawapan untuk membidas kembali.
aku genggam semangat yang membara, menggagahkan diri yang kerdil ini untuk
mengutarakan jawapan yang aku temui.
kotak fikiran aku terketuk sebentar. adakah patut soalan ini diajukan oleh seorang
insan bergelar Muslim?



namun, setiap jawapan aku berikan diserang kembali dengan 1001 helah.
lantaran dimensi membutakan mata dalam kesinaran, memekakkan telinga dalam keriuhan.
acap kali senda gurau aku dan dia masih terbayang dalam sedu dan sedan.
tindakan aku "unfriend" dia mungkin jalan terbaik.
aku juga manusia biasa. punyai perasaan suka dan benci.
bukan benci pada dirinya tetapi benci pada sifatnya.


namun aku tetap menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada Ilahi
kerana sedang aku bertatih menjadi mujahidah,
aku dicampakkan ujian yang begitu hebat.
syuqran ya Rabbi !! :')

✿ Penat Menaip : fathiahzukri

No comments:

Post a Comment

 
All right reserved. No part of this publication may be produced without the prior permission of NUR FATHIAH BINTI ZUKRI