بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
pernah tak minum sambil berdiri? kadang-kadang kalau kelam kabut dan terlalu haus, kita jarang mengikut adab ketika minum. sepatutnya perkara ini perlu diingatkan selalu sebab Islam menggalakkan umatnya untuk menjaga tatatertib dalam setiap perbuatannya. ada beberapa adab dan garis panduan yang perlu diamalkan ketika minum.
*jangan tiru aksi ini
1. Bacaan "Bismillah" dan "Alhamdulillah"
sebagai seorang muslim, setiap perkara yang kita lakukan perlu dimulai dengan bacaan "Bismillah" sebagai pembuka perbuatan. Diakhiri dengan bacaan "Alhamdulillah" supaya apa saja yang kita lakukan akan diberkati Allah.
2. Minum dengan TIGA kali nafas
Rasulullah SAW tidak pernah bernafas ketika minum melainkan menjarakkan hidung dan mulutnya daripada gelas. perkara ini dijelaskan dalam hadis sahih.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila salah seorang daripada kalian minum maka janganlah ia bernafas di dalam gelas akan tetapi hendaklah ia menjauhkan tempat minumnya dari mulutnya" (hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Hurairah r.a)
cara ini amat berkesan untuk mendapatkan kepuasan dan menghilangkan dahaga sepenuhnya.
3. Minum dalam keadaan duduk
bagi membezakan orang Islam dengan agama lain ailah adab sopan perlu ada dalam setiap perbuatan. ambillah masa mencari tempat yang sesuai untuk duduk ketika minum kerana budaya baik inilah yang perlu kita tunjukkan kepada bangsa lain TAPI jika tiada langsung tempat untuk duduk maka barulah diHARUSkan minum sambil berdiri.
4. Amalan hidup bersih
Islam melarang kita menghembuskan nafas ke dalam minuman bukan tanpa sebab. ini dititik beratkan kerana kepentingan kebersihan seperti air ludah, hingus atau bau-bauan yang tidak diingini boleh memasuki ke dalam air minuman tersebut. jika diminum ditakuti mendatangkan kemudaratan.
5. Berehat dahulu
selepas melakukan kerja-kerja berat, pasti kita rasa sangat haus TAPI kena berehat dahulu sebelum meneguk apa-apa minuman sebab organ dalaman penat bekerja seharian kena rehat sekejap sebelum buat kerja yang lain.
6. Jangan minum sekali teguk
kalau minum tanpa bernafas sekali ia boleh mendatangkan kemudaratan sebab wap panas yang disedut ketika minum boleh menimbulkan sekatan pada kerongkong. kalau berlaku, boleh tercekik masa minum.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya yang demikian lebih memuaskan, lazat dan mudah ditelan serta lebih selamat", (hadis riwayat muslim, Ahmad, bukhari, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah)
.jpg)




Hospital Besar Kota Bharu


No comments:
Post a Comment