Followers

Thursday, 29 November 2012

Jangan memandang rendah kepada sunnah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ|
Suatu hari ada seorang pakcik hendak pergi ke luar negara atas urusan agama telah menaiki sebuah pesawat. Pakcik tersebut memakai pakaian sunnah yang lengkap berserban, jubah dan seluar yang tidak menutup buku lali serta memelihara janggut yang lebat. Dia masuk ke dalam pesawat dan duduk di sebelah seorang pemuda Islam yang berpakaian ala-ala moden, seluar jeans, baju T berkolar dan mencukur janggut. Pemuda tersebut pun berkenalan dengan pakcik itu lalu bertanya, 

Pemuda: "kenapa pakcik perpakain seperti ini?Bukankah yang paling penting dalam mengamalkan agama adalah hati yang ikhlas? Walaupun saya tidak memakai sunnah, saya juga seorang Islam. Luaran tidak penting, yang penting dalaman"

Pakcik: (Senyum dan menukar topik perbualan mereka)

Apabila kapal terbang mereka telah mendarat, pakcik tadi telah memberi sampul surat kepada pemuda tersebut. Sambil memberitahu yang dia tidak berapa arif tentang kawasan negara tersebut dan memohon pemuda itu menghantarnya ke pejabat pos berdekatan.


Pemuda itu tanpa bertanya terus mengambil sampul tersebut lalu beredar keluar dari lapangan terbang. Belum sempat beredar keluar, pemuda itu pun menyedari bahawa sampul tersebut tidak beralamat dan dia kembali semula kepada pakcik tersebut lalu berkata

Pemuda; "Pakcik, surat ni tak ada alamat, macam mana boleh sampai kepada penerimanya? Ini tidak boleh pakcik"

Pakcik: "Itu luaran sahaja nak, tidak penting, yang penting dalam surat tu."

Pemuda tersebut terdiam sebentar.

Moral of the story:
Jangan la kita memandang rendah kepada sunnah dan menghina mereka yang mengamalkan sunnah. Andai kata kita tidak ada kekuatan untuk mengamalkannya, maka berdoalah dengan bersungguh-sungguh supaya Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan sunnah dan mencintai sunnah Nabi SAW.

✿ Penat Menaip : fathiahzukri

No comments:

Post a Comment

 
All right reserved. No part of this publication may be produced without the prior permission of NUR FATHIAH BINTI ZUKRI