Followers

Saturday, 29 September 2012

cinta Allah di antara cinta manusia

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُهُl
cinta yang membawa ke syurga adalah cinta pada Allah. cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ibubapa. cinta yang halal ialah zauj/zaujah.
perasaan cinta itu fitrah bagi setiap makhlukNya. Allah tak ciptakan Hawa jika bukan kerana kesunyian yang melanda Adam. fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan. so, memang tak salah kalau manusia rasa kasih dan cinta sesama manusia.
fitrah yang dianugerahkan oleh Allah harus dimanfaatkan ke jalan yang diredhaiNya. hadir cinta itu tidak siapa pun tahu melainkan penganugerahnya. ianya juga tidak boleh dihalang sama sekali. ya Allah, janganlah kau lebihkan rindu hambaMu ini kepada manusia melebihi rinduku padaMu.
jika benar hati aku tertaut padanya, biarkanlah aku mencintainya kerana agamanya. asalkan aku tidak lebihkan cinta kepadanya melebihi cintaku padaMu. aku tidak mahu terpesong dari jalanMu. supaya cinta itu bersemi di bawah lembayung keredhaanMu. kerana dari situlah lahirnya rahmah dan mawaddah.
jika aku jatuh cinta, izinkan aku mencintai seseorang yang tertaut padaMu, agar dia dapat menjadi penuntunku ke syurga. jika hilang cintanya padaMu, maka hilanglah cintaku padanya. andai dia bukan untukku, maka berilah ganti yang lebih baik untuknya. berikanlah insan yang terbaik untuk kehidupannya.
saya: hello polis. Saya nak buat aduan fasal kecurian 
polis: di mana? Bila? 
saya: sekarang polis, dia tlh mencuri hati saya. 
polis: kau datang balai skrg! 
kenapa kau jahat sangat curi hati aku? da nak spm ni, jangan la kacau aku. sometimes music speaks what i feel inside when i cant express it. ya Allah, jadikanlah dia sebagai inspirasi aku untuk lebih teguh di sisiMu, sungguh kuat cabaran yang kau berikan kepada hambaMu ini, aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tabahkanlah aku untuk hadapi likuliku perjalanan hidup sebagai remaja, amin. :')

p/s: stop kejar cinta yang tak pasti.! see at your back, still ramai lagi yang sayangkan kita (^_^)v

✿ Penat Menaip : fathiahzukri

No comments:

Post a Comment

 
All right reserved. No part of this publication may be produced without the prior permission of NUR FATHIAH BINTI ZUKRI